Amalan Memotong Kepala dalam Masyarakat Primitif Kadazandusun: Survival atau Budaya?

Amalan Memotong Kepala dalam Masyarakat Primitif Kadazandusun: Survival atau Budaya? In: Bengkel Folklor Nusantara, January 2014. (In Press) (2014)



Abstract

Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian berkaitan amalan memotong kepala dalam masyarakat tradisional Kadazandusun. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah rujukan kepustakaan, internet dan temubual. Amalan tersebut berlaku sejak kewujudan masyarakat Kadazandusun di pulau Borneo. Amalan memotong kepala mempunyai signifikan dengan perjuangan hidup atau survival dan pelengkap kehidupan yang berkait rapat dengan budaya masyarakat Kadazandusun. Untuk meneruskan hayat dalam suatu daerah yang tertutup, masyarakatnya harus mempertahankan puaknya daripada gangguan puak yang tidak dikenali. Selain itu, amalan memotong kepala juga mempunyai kaitan dengan ritual kepercayaan animisme. Kepala manusia yang dipenggal tersebut melalui beberapa proses ritual sebelum diletakkan dalam tempat khas. Kertas kerja ini juga akan membincangkan serba ringkas ritual yang melibatkan mantera dan orang yang pakar dalam menjalankan upacara pemujaan kepala manusia yang dikeringkan sehingga menjadi tengkorak. Amalan memotong kepala dalam masyarakat tradisional tidak dilakukan secara sewenang-wenang kerana ianya berkaitan dengan kesejahteraan dan keharmonian hidup manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan supernatural. Kertas kerja ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengembangan kajian sosiobudaya masyarakat Kadazandusun yang belum terungkai.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Masyarakat tradisional Kadazandusun, Amalan memotong kepala, Animisme, Upacara pemujaan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 31 Mar 2023 22:07
Last Modified: 07 Apr 2023 03:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item