Peranan Talaala (Pantun) dalam masyarakat Kadazandusun di Sabah

Peranan Talaala (Pantun) dalam masyarakat Kadazandusun di Sabah. ResearchGate. (2016)



Abstract

Kadazandusun merupakan penduduk asal negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik. Masyarakat ini kaya dengan warisan seperti tradisi lisan. Antaranya adalah talaala yang dimiliki oleh etnik Bundu dalam rumpun Kadazandusun. Talaala
merupakan salah satu komponen hiis (puisi) yang m enyerupai pantun namun genre ini amatlah berbeza dengan pantun. Puisi ini masih diwariskan secara lisan yang disampaikan oleh sejumlah kecil orang tua tua. Sekiranya tidak ada usaha untuk mendokumentasikan puisi ini, maka ia ini akan lenyap bersama dengan pemergian orang tua yang menguasainya. Oleh itu kajian ini memfokuskan kepada usaha mengumpul talaala yang masih disampaikan secara lisan melalui kerja lapangan dan berjaya mengumpul sebanyak 199 rangkap daripada 20 orang informan dalam Daerah Tamparuli. Analisis data mendapati talaala memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan pendidikan. Ini menjadikan warisan ini mempunyai kewajaran untuk dilestarikan. Pelestarian talaala dapat dilaksanakan dengan beberapa strategi. Antara strategi yang utama adalah dengan mendokumentasikan dalam bentuk bahan bercetak, mempergiatkan penyelidikan dan menjadikan puisi ini sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Item Type: Article
Keywords: Kadazan-Dusun, Talaala, Pantun, Etnik Bundu, Pendidikan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 31 Mar 2023 22:08
Last Modified: 07 Apr 2023 04:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item