Haji Hassan, Dzulfawati Upacara kematian Melanau Likow di Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. ISBN 983-9257-62-5 (2006)
Abstract
Upacara Kematian Melanau Likow Di Sarawak merupakan penulisan yang memfokuskan mengenai upacara tradisi yang masih diamalkan oleh sebahagian ahli masyarakat Melanau Likow di kawasan Mukah dan sekitarnya. Buku ini juga menghuraikan satu analisis mengenai salah satu elemen budaya dalam masyarakat Melanau tradisi, iaitu mengenai fasa-fasa yang berlaku dalam upacara kematian, termasuk upacara selepas pengebumian ahli dalam komuniti ini. Penulisan ini juga meneliti sejauh mana pandangan dan teori-teori pengkaji awal mengenai upacara kematian dapat diaplikasikan kebenaran atau sebaliknya dalam kajian ini. Selain itu, ia juga membicarakan mengenai perubahan budaya yang berlaku dalam masyarakat Melanau yang telah membawa kepada perubahan-perubahan dalam amalan semasa upacara kematian Melanau Likow pada masa kini. Melalui amalan-amalan yang dilakukan semasa upacara kematian mereka, dapat dihuraikan kefahaman mengenai makna dan simbol, kepercayaan dan pandangan dunia, serta isu kesepaduan sosial dalam masyarakat Melanau Likow. Pada keseluruhannya, buku ini juga tidak secara langsung memberi rangsangan kepada masyarakat Melanau supaya sentiasa bersedia menghadapi masa kini dan masa depan yang menuntut pelbagai perubahan. Perubahan di peringkat negara dan wilayah akan sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap amalan budaya dan nilai tradisi komuniti setempat yang telah diamalkan sejak sekian lama.
Item Type: | Book |
---|---|
Keywords: | Melanau Likow, Upacara kematian, Tradisi, Budaya, Kepercayaan, Kesepaduan sosial |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Normah Sadaiee |
Date Deposited: | 28 Mar 2023 04:46 |
Last Modified: | 28 Mar 2023 04:46 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |