Mat, Mahmud Zamudin Asas tarian Melanau. Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak, Kuching, Sarawak. (1997)
Abstract
BUKU pengenalan Asas Tarian Melanau ini bertujuan untuk memudahkan para pecinta senitari, mempelajari tarian Melanau. Istilah gerakan dalam asas tarian Melanau ini banyak menggunakan istilah Bahasa Malaysia kerana agak sukar untuk menulisnya dari Bahasa Malanau ke Bahasa Malaysia disebabkan oleh sebutan. Suku kaum Melanau amat banyak unsur keseniannya yang unik halus dan menawan di antaranya senitari. Biasanya tarian-tarian akan mereka persembahkan pada perayaan "Pesta Kaul" atau Puja Pantai dan juga ketika menyambut orang kenamaan serta upacara perkahwinan. Hingga ke hari ini masih belum banyak tarian dari suku kaum Melanau yang diketahui umum. Ini mungkin kerana kurangnya penyelidikan dan pendedahan yang dilakukan. Tarian suku kaum Melanau yang diketahui pada masa ini ialah: Mengarang Menyak, Seladai, Aluk-aluk, Mengalai. Jika dilihat dari apa yang dipersembahkan, wujudnya tarian suku kaum Melanau ini adalah menerusi mimpi, pekerjaan seharian, pengubatan dan permainan rakyat seperti semasa Pesta Kaul atau Puja Pantai.
Item Type: | Book |
---|---|
Keywords: | Kesenian, Tarian, Melanau, Senitari |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Normah Sadaiee |
Date Deposited: | 28 Mar 2023 05:12 |
Last Modified: | 28 Mar 2023 05:12 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |