Kepelbagaian dialek dalam keluarga Dusunik: analisis ciri leksikal

Kepelbagaian dialek dalam keluarga Dusunik: analisis ciri leksikal. RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu, 4 (1). pp. 1-24. ISSN 2637-126X (2016)



Abstract

Makalah ini bertujuan untuk meneliti variasi fonem dalam leksikal dialek-dialek keluarga Dusunik, iaitu Bunduliwan, Tangara, Tatana, Mangkaak, Dumpas dan Rungus. Data diteliti menggunakan kaedah dialektologi generatif khususnya teori fonologi generatif. Data kajian diperoleh melalui kajian lapangan dan analisis dokumen menggunakan kamus. Sejumlah 207 senarai kata Swadesh terjemahan bahasa Melayu telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati fonologi dialek-dialek Dusunik mengalami proses perubahan dan pengguguran segmen dalam kata leksikal. Proses perubahan bunyi melibatkan 7 pasangan variasi fonem konsonan, iaitu fonem /l/ dan /h/, fonem /r/ dan /l/, fonem /l/ dan /d/, fonem /h/ dan /s/, fonem /w/ dan /v/, fonem /y/ dan /z/ serta fonem /Ɂ/ dan /k/. Proses pengguguran fonem konsonan pula melibatkan fonem /t/, /h/, /r/, /l/ dan /y/. Perubahan dan pengguguran fonem konsonan itu tersebar di awal kata, tengah kata dan akhir kata. Perubahan dan pengguguran boleh mempengaruhi bunyi kata sebutan asal dan memberi impak kepada darjah saling faham-memahami antara penutur dialek yang berasal dari satu bahasa yang sama. Semakin banyak perubahan dan pengguguran fonem, maka semakin besarlah perbezaan suatu dialek. Akibatnya darjah saling faham makin menurun dan kemungkinan dialek-dialek itu akan terpisah menjadi suatu bahasa sendiri.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Dusun, Language, Dusunik family, Dialect
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 31 Mar 2023 22:52
Last Modified: 31 Mar 2023 22:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item