Unsur metafora dalam puisi lisan tradisional Kadazandusun

Unsur metafora dalam puisi lisan tradisional Kadazandusun. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 7 (1). pp. 153-172. ISSN 2637-126X (2019)



Abstract

Puisi lisan merupakan salah satu tradisi lisan kaum Kadazandusun di Sabah yang lazimnya dinyanyikan secara solo mahupun berpasangan sama ada mengandungi elemen tarian, muzik ataupun tidak. Sebahagian elemen yang menonjol dalam genre lisan kaum Kadazandusun adalah sudawil (pantun) yang tergolong dalam kategori puisi lisan tradisional. Oleh kerana kehidupan masyarakat lama Kadazandusun amat peka kepada alam semula jadi sebagai sumber ekonomi, maka banyaklah pantun yang dicipta berkait rapat dengan kehidupan persekitaran mereka yang lebih berunsurkan nasihat, teguran dan sindiran kepada anak-anak mereka khasnya generasi muda pada suatu ketika dahulu. Perbincangan ini diusahakan untuk meneliti unsur metafora yang terdapat dalam puisi lisan tradisional Kadazandusun yang telah diselarikan dengan aliran metafora kognitif yang dipelopori oleh Lakoff dan Johnson. Hasil kajian ini mendapati bahawa bahasa dalam puisi lisan tradisional khasnya pantun mempunyai makna yang tersirat dan tersurat atau mempunyai unsur metafora. Yakni, bahasa yang diungkapkan itu adalah produk budaya dan sekaligus wadah penyampai kebudayaan dari masyarakat penggunanya.

Item Type: Article
Keywords: Kadazandusun, Puisi Lisan, Nilai dan budaya, Metafora, Kognitif, Pengajaran
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 22 Jun 2023 03:47
Last Modified: 22 Jun 2023 03:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item