Varian Melanau Sarawak: tinjauan di Melanau Mukah

Varian Melanau Sarawak: tinjauan di Melanau Mukah. Jurnal MelayuNAU DI SARAWAK, 15 (1): 15. pp. 1-14. ISSN 1675-7513 (2016)



Abstract

Sarawak adalah salah sebuah negeri yang terbesar di Malaysia yang mempunyai keluasan kirakira 47,000 batu persegi. Nama Sarawak diambil sempena nama Sungai Sarawak yang terdapat
di Kuching iaitu ibu negeri Sarawak. Mengikut sejarah, Sarawak telah didiami oleh manusia kira-kira 40,000 tahun dahulu dan ia juga merupakan sebuah negeri yang paling awal diduduki oleh manusia di Asia Tenggara. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelbagai penemuan yang dijumpai di penempatan-penempatan prasejarah seperti di Gua Niah. Antara penemuan arkeologi yang ditemui adalah tulang manusia, tembikar, perkakas seperti pisau dan kapak batu,
lukisan di dinding dan bekas tapak perkuburan (Tajuddin B. Hj. Hussein, 2009). Sekarang ini, Sarawak dapat menampung jumlah penduduk yang ramai iaitu kira-kira berjumlah sebanyak 2,176,800 orang penduduk dan mempunyai pantai sepanjang 800 kilometer iaitu sepanjang pantai Barat Laut Pulau Borneo. Negeri Sarawak dipisahkan dengan jarak 600 km Laut Cina Selatan dari Semenanjung Malaysia. Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Sebelum Mac 2002, Sarawak terbahagi kepada sembilan bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Samarahan dan Bintulu (Information Malaysia 1992-93 Year Book, 1992:720). Namun begitu, pada 1 Mac 2002 bahagian Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian Kesepuluh dalam pentadbiran Sarawak. Selepas itu, Betong pula turut diisytiharkan sebagai Bahagian Kesebelas dalam pentadbiran Sarawak.

Item Type: Article
Keywords: varian Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 31 Mar 2023 23:22
Last Modified: 31 Mar 2023 23:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item