Belabau: Tama Taleh

Lintan, Jonathan Singki, ed. Belabau: Tama Taleh. Siri Kajian Melanau: Cerita Rakyat . Majlis Adat Istiadat Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. ISBN 978-967-17548-4-9 (2019)



Abstract

Buku ini adalah hasil daripada Siri Kajian Melanau dalam bentuk cerita rakyat oleh Seksyen Penyelidikan Etnik Melanau. Ini adalah satu daripada usaha untuk menerbitkan buku hasil penyelidikan tersebut. Usaha sedemikian adalah usaha yang berterusan untuk menerbitkan banyak lagi judul buku dalam bentuk bersiri hasil dari bahan pendokumentasian yang dibuat sebelum ini. Dalam penerbitan bersiri Cerita Rakyat kali ini, satu lagu penerbitan Buku Belabau Tama Taleh dalam Bahasa Melanau Mukah telah berjaya dihasilkan. Usaha yang berterusan ini merupakan kesinambungan daripada penerbitan buku Siri Kajian Melanau mengikut domain masing-masing. Diharap dengan terbitnya buku ini, khazanah buku khususnya berkaitan dengan aspek cerita rakyat dapat ditingkatkan serta mampu mengetengahkan banyak lagi bahan-bahan tradisi lisan yang lain. Akhir sekali, harapan agar buku ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak khususnya para penyelidikan dan pengguna Bahasa Melanau Mukah ke arah pelestarian bahasa sukuan di Negara kita. Apa yang tercatat di dalam buku ini adalah merupakan cerita rakyat yang telah diceritakan secara lisan dari turun temurun dan sebarang nama yang diberikan adalah kiasan belaka dan tidak menyentuh orang yang hidup atau yang sudah mati.

Item Type: Book
Keywords: Kaum Melanau, Cerita rakyat, Bahasa Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 05 Apr 2023 09:08
Last Modified: 05 Apr 2023 09:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item