Kuman Aan Tapak Padai

Lintan, Jonathan Singki, ed. Kuman Aan Tapak Padai. Siri Kajian Melanau: Cerita Rakyat . Majlis Adat Istiadat Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. ISBN 978-967-17548-8-7 (2019)



Abstract

Buku ini adalah hasil daripada Siri Kajian Melanau dalam bentuk cerita rakyat oleh Seksyen Penyelidikan Etnik Melanau. Usaha sedemikan adalah usaha yang berterusan untuk menerbitkan banyak lagi judul buku dalam bentuk bersiri hasil dari bahan pendokumentasian yang dibuat sebelum ini. Syukur kerana dalam penerbitan bersiri, Siri Kajian Melanau - Cerita Rakyat, telah berjaya menerbitkan Buku Kuman Aan Tapak Padai dalam Bahasa Melanau Mukah. Usaha yang berterusan ini merupakan kesinambungan daripada penerbitan buku Siri Kajian Melanau mengikut domain masing-masing. Diharap dengan terbitnya buku ini, khazanah buku khususnya yang berkaitan dengan aspek leksikologi dapat ditingkatkan serta mampu memberikan sumbangan ke arah perluasan perbendaharaan kata bahasa Melanau itu sendiri. Apa yang tercatat di dalam buku ini adalah merupakan cerita rakyat yang telah diceritakan secara lisan dari turun temurun dan sebarang nama yang berikan adalah kiasan belaka dan tidak menyentuh orang yang hidup atau yang sudah mati. Akhir sekali, saya berharap agar buku ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak khususnya para penyelidik dan pengguna bahasa Melanau Mukah ke arah pelestarian bahasa sukuan di negara kita.

Item Type: Book
Keywords: Melanau, Cerita rakyat, Bahasa Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 05 Apr 2023 09:09
Last Modified: 05 Apr 2023 09:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item