Buku panduan adet kawin Melanau kawasan Dalat

Bohari, Felix, ed. Buku panduan adet kawin Melanau kawasan Dalat. Siri Kajian Melanau: Adat . Majlis Adat Istiadat Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. ISBN 978-967-16695-4-9 (2019)



Abstract

Dalam kalangan masyarakat Melanau terdapat banyak kawasan dan dalam setiap kawasan masing-masingnya mempunyai keunikan tersendiri dan tidak boleh disamakan sebagai amalan mutlak kaum Melanau, merangkumi hal ehwal amalan adat, pakaian, penggunaan bahasa, tingkah laku, peralatan makanan, muzik sehinggalah gelaran kepada kerja-kerja tertentu pun tiada persamaannya. Dalam hal ehwal mentadbirkan adat istiadat untuk Melanau Likou, ia telah dibahagikan kepada lima kawasan utama termasuk Kawasan Batang Mukah, Kawasan Tellian, Kawasan Petanak, Kawasan Dalat dan Kawasan Seduan. Begitu juga dalam hal majlis Suruong Tunang dan Suruong Berian, ia dijalankan mengikut adat yang telah diamalkan oleh masyarakat Melanau mengikut kawasan masing-masing. Setiap kelima-lima kawasan tersebut masing-masingnya mempunyai adatnya tersendiri. Oleh yang demikian, sesiapa yang menjadi wakil untuk mengerjakan majlis tersebut, mereka hendaklah memulakan dengan memberitahu adat kawasan Melanau yang akan diguna-pakai. Buku Panduan ini diterbitkan untuk memudahkan masyarakat Melanau khususnya di kawasan Dalat supaya dapat mengamalkan Adat Pertunangan dan Perkahwinan dengan lebih teratur dan sempurna. Segala bahan-bahan keperluan yang diguna-pakai untuk mengendalikan Adat Perkahwinan telah pun disusun dengan lengkap. Dalam buku panduan ini, dialog khas yang digunakan semasa mengendalikan majlis Surong Tunang serta Surong Berian juga disusun dengan lengkap dan teratur. Apa yang tercatat di dalam buku ini adalah merupakan Adat yang telah diamalkan oleh masyarakat Melanau di kawasan Dalat semenjak zaman-berzaman, iaitu berpandukan kepada Adat Bangsa 9 Pikul, Adat bangsa 7 Pikul, dan Adat Bangsa 5 Pikul. Adat Bangsa warisan dalam masyarakat Melanau ialah diperturunkan melalui anak-anak lelaki, tetapi apabila berlakunya perkahwinan Adat yang diguna-pakai ketika itu hendaklah mengikut Adat anak perempuan.

Item Type: Book
Keywords: Adat perkahwinan, Kaum Melanau, Kawasan Dalat
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 05 Apr 2023 09:05
Last Modified: 05 Apr 2023 09:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item