Lintan, Jonathan Singki and Mugok, Robinson Benedict, eds. Gatak: katil khas pengantin. Siri Kajian Melanau: Budaya Benda . Majlis Adat Istiadat Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. ISBN 978-967-2383-21-5 (2020)
Abstract
Pengunaan Gatak dalam masyarakat Melanau selalinya diadakan sewaktu majlis perkahwinan untuk golongan Adet Bangsa Sembilan Pikul. Gatak merupakan pusaka yang diwarisi sejak turun-temurun dalam masyarakat Melanau di Sarawak. Peranannya amat penting bukan sahaja untuk kegunaan sewaktu majlis perkahwinan, malah Gatak mempunyai makna dan falsafahnya tersendiri seperti yang digambarkan melalui fungsinya dalam ritual. Pada zaman dahulu para pedagang dari negara jiran seperti Indonesia, Indo-China dan China datang ke Borneo untuk berdagang dengan mengamalkan sistem perdagangan bertukar-tukar barang. Pedagang asing terbabit membawa bersama-sama mereka barangan dagangan seperti perhiasan emas, kaca, manik, barangan logam, kain sutera, tekstil, tembikar dan barangan hiasan termasuk hiasan untuk gatak. Barang-barang ini ditukar dengan barangan daripada penduduk tempatan seperti tepung sagu, rotan, kapur barus, damar dan barang-barang hutan yang lain. Gatak dalam budaya masyarakat Melanau ialah warisan budaya atau harta budaya. Masyarakat ini masih berpegang teguh pada adat resam, tradisi, kepercayan animisme, dan sambutan perayaan. Dalam buku ini, penulis mengetengahkan beberapa aspek termasuk proses pemasangan, fungsi, bentuk, corak polahias dan penggunaan gatak dalam adat perkahwinan Melanau.
Item Type: | Book |
---|---|
Keywords: | Melanau, Budaya benda, Perkahwinan, Warisan |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Normah Sadaiee |
Date Deposited: | 05 Apr 2023 09:06 |
Last Modified: | 05 Apr 2023 09:06 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |