Mukah pekan kecil kaya hasil laut

Mukah pekan kecil kaya hasil laut. [Newspaper] (2019)



Abstract

Bahagian makanan di pasar ini pula menawarkan aneka sajian berasaskan gabungan makanan laut seperti sotong, ikan dan udang segar yang disalut linut atau sagu sebelum dibakar di dalam buluh. Semuanya dijual pada harga berpatutan dan jauh lebih murah berbanding makanan laut di kebanyakan pantai peranginan lain. Sagu yang menjadi lambang kemegahan penduduk di sini sebenarnya wujud sejak abad ke 19 lagi. Ini terbukti dengan terdapatnya serombong kilang sagu yang beroperasi pada abad berkenaan. Setinggi 20 meter, serombong ini masih kukuh berdiri di tepi medan selera walaupun kilangnya sudah lama dirobohkan selepas tidak lagi beroperasi akibat kejatuhan harga sagu pada abad ke-20. Bagaimanapun, industri sagu hasil daripada pokok rumbia yang banyak tumbuh di sini, masih kekal sebagai sumber utama ekonomi di sekitar Mukah adalah makanan ruji masyarakat Melanau di sini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Mukah, Melanau, Makanan laut, Aktiviti ekonomi
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 06 Apr 2023 08:27
Last Modified: 06 Apr 2023 08:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item