Laporan kajian Penilaian Impak Kaul 2013

Laporan kajian Penilaian Impak Kaul 2013. Project Report. Persatuan Melanau Mukah, Mukah, Sarawak. (Submitted) (2013)



Abstract

Pesta Kaul Mukah 2013 dengan bertemakan ‘Tiada Seuniknya’ telah diadakan pada 24 April 2013 sehingga 28 April 2013 di Pantai Kaul, Mukah. Kaul merupakan satu perayaan keagamaan atau pesta pemujaan oleh kaum Melanau yang mendiami kawasan pesisiran pantai Sarawak. Kaum Melanau pada masa dahulu mengadakan pesta ini bertujuan untuk menenangkanhantu-hantu, roh-roh serta dewa-dewi laut, hutan dan ladang. Pesta ini diadakan pada minggu ketiga bulan April setiap tahun. Ini adalah permulaan bagi kalendar Melanau di mana musim tengkujuh yang ternyata memberi kesan kepada hasil laut, hutan dan ladang. Ianya adalah untuk menunjukkan kesyukuran kepada hantu-hantu, roh-roh dan dewa-dewi laut, hutan dan ladang bahawa musim tengkujuh telah berlalu. Tetapi, pada zaman sekarang, Pesta Kaul diadakan hanya bertujuan untuk majlis keramaian. Acara pemujaan dan keagamaan yang diamalkan pada masa dahulu tidak lagi diadakan. Pesta Kaul ini akan menjadi satu tumpuan kepada pelancong-pelancong dalam dan luar Negara untuk melihat dan mempelajari adat resam dan budaya Kaum Melanau di Sarawak. Untuk Kaul Mukah 2013, satu kajian telah dijalankan untuk menilai impak Kaul Mukah 2013 daripada segi ekonomi, sosiobudaya, alam sekitar dan sebagainya. Seramai 453 pengunjung Kaul Mukah 2013 telah dipilih secara rawak untuk mengisi soal selidik yang bertajuk “Kajian Penilaian Impak Kaul Mukah 2013” dari 24 April 2013 sehingga 28 April 2013. Pengunjung-pengunjung yang dipilih merangkumi pelbagai kaum, status pendidikan, status pekerjaan, status perkahwinan dan pelbagai umur. Analisis data adalah seperti yang ditunjukkan pada bahagian yang seterusnya.

Item Type: Monograph (Project Report)
Keywords: Pesta Kaul Mukah, Perayaan, Adat resam, Tradisi, Melanau, Kajian impak
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 11 May 2023 08:37
Last Modified: 12 May 2023 01:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item