Amalan penjagaan kesihatan masyarakat Melanau

Omar, Salmah Amalan penjagaan kesihatan masyarakat Melanau. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 978-983-49-1719-7 (2018)



Abstract

Buku ini membincangkan mengenai penjagaan kesihatan masyarakat Melanau. Sebagai sebuah kajian etnografi kesihatan, kajian ini memberikan gambaran atau deskripsi tentang worldview dan pola-pola perlakuan kesihatan yang lazim dilakukan untuk penjagaan kesihatan. Prinsip asas penjagaan kesihatan masyarakat Melanau adalah bertujuan untuk mengekalkan taraf kesihatan dan mengelak penyakit. Justeru, pelbagai kaedah digunakan untuk menjaga kesihatan. Kaedah penjagaan kesihatan yang kerap diamalkan ialah melalui amalan pemakanan dan penggunaan tumbuh-tumbuhan. Penjagaan kesihatan dikatakan lebih mudah dilaksanakan kerana masyarakat ini dilingkungi oleh nilai dan kepercayaan yang dikongsi dan diwarisi bersama oleh mereka. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa budaya menjadi faktor utama yang mempengaruhi amalan-amalan penjagaan kesihatan. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh semua pihak. Maklumat kajian dapat dijadikan sumber rujukan oleh ahli antropologi dan para penyelidik yang ingin mengkaji secara saintifik khasiat makanan dan tumbuh-tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melanau dalam penjagaan kesihatan mereka. Jika sebelum ini pengambilan tumbuh-tumbuhan hanya melibatkan masyarakat kampung dan luar bandar, terutamanya dalam amalan serta petua kesihatan warisan turun-temurun, namun dengan ledakan bioteknologi boleh menjadikan tumbuh-tumbuhan ini dikomersialkan dan dipertingkatkan keberkesanannya. Pengetahuan dan amalan warisan ini dikhuatiri akan hilang begitu sahaja, tambahan pula masyarakat Melanau kini mengalami banyak perubahan, terutama dari segi pendidikan dan mendapatkan kemudahan perubatan moden. Seterusnya, amalan penjagaan kesihatan masyarakat ini boleh dijadikan asas bagi membentuk program pembangunan kesihatan luar bandar dan juga dapat menyumbang ke arah promosi penjagaan kesihatan kepada semua lapisan masyarakat.

Item Type: Book
Keywords: Melanau, Etnografi perubatan, Penjagaan kesihatan, Adat resam, Kehidupan sosial
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 10 May 2023 09:31
Last Modified: 10 May 2023 09:31
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item