Abang Jo: budaya Melanau sebahagian budaya besar di Sarawak

Abang Jo: budaya Melanau sebahagian budaya besar di Sarawak. [Newspaper] (2023)



Abstract

MUKAH: Budaya masyarakat Melanau adalah sebahagian daripada warisan besar di Sarawak yang kaya dengan keunikan tersendiri. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, disebabkan itu Sarawak diberi pengiktirafan oleh pemimpin di peringkat Persekutuan sebagai lambang perpaduan di Malaysia. “Jika hendak melihat negeri yang kaya dengan budaya, hidup aman sentosa serta saling berkongsi hidup lihatlah di Sarawak. Kita menjadi model perpaduan sehingga Perdana Menteri dari dahulu sehingga kini juga memberikan pengiktirafan kepada Sarawak. “Malah, minggu Perpaduan Negara juga akan dilancarkan di Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan tidak lama lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kaul Mukah 2023 di Pantai Kala Dana di sini, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Warisan Melanau, Keunikan budaya, Model perpaduan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 May 2023 09:41
Last Modified: 10 May 2023 09:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item