Kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dalam perbankan Islam

Kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dalam perbankan Islam. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 2 (1). pp. 151-170. ISSN 1823-075X (2005)



Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dalam sistem perbankan Islam. Kajian ini memilih dua buah bank utama yang mengamalkan sistem perbankan Islam di Malaysia iaitu Bank Islam dan Bank Muamalat Sebanyak 200 borang soal selidik diedarkan, masing-masing 100 responden bagi setiap bank. Data yang dikutip telah dianalisis menggunakan program Statistical package for social science (SPSS). Analisis diskriptif menunjukkan skor min kepuasan pelanggan adalah tinggi begitu juga skor min bagi keseluruhan dimensi kualiti perkhidmatan. Ujian kolerasi mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Analisis regrasi berganda menunjukkan pembolehubah-pembolehubah kualiti perkhidmatan menerangkan 61.4 peratus varian dalam kepuasan pelanggan. Secara amnya, pelanggan berpuas hati terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh institusi perbankan Islam. Oleh itu, pihak perbankan Islam seharusnya memberikan perhatian yang khusus dan prihatin kepada pelanggan, menonjolkan kemudahan dari segi fizikal, peralatan dan penampilan kakitangan serta berkeinginan untuk membantu dan menaikkan imej institusi perbankan Islam.

Item Type: Article
Keywords: Islamic banking, Kualiti perkhidmatan, Kepuasan pelanggan
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Customer Services
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 24 May 2023 01:57
Last Modified: 24 May 2023 01:57
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item