Apakah Perbezaan Antara PWM Dan MPPT Charge Controller?

Apakah Perbezaan Antara PWM Dan MPPT Charge Controller? [Website]



Abstract

Untuk membina sistem solar, anda memerlukan 4 major component: 1) solar panel, 2) charge controller, 3) bateri dan 4) inverter. Peranan utama alat charge controller adalah untuk mengawal kadar arus elektrik dari solar panel ke bateri dan beban. Kadar arus elektrik yang dialirkan adalah berbeza berdasarkan kapasiti bateri. Tugas charge controller adalah untuk memastikan bateri dicharge dengan penuh dan sempurna tanpa over-charging bateri. Bila anda menggunakan tenaga elektrik, charge controller akan mengalirkan arus elektrik ke bateri atau beban, atau kedua-duanya sekali. Bila charge controller mendapati bahawa kapasiti bateri sudah penuh, charge controller akan mengurangkan atau memberhentikan aliran arus elektrik daripada solar panel ke bateri. Bila charge controller mendapati beban elektrik sedang mengambil terlalu banyak arus elektrik daripada bateri, charge controller akan memberhentikan arus elektrik ke beban dan mengaliran arus elektrik ke bateri. Ini membolehkan jangka hayat bateri akan berterusan dengan lebih lama. Dan seperti yang kita sedia maklum, kos bateri sangat mahal dan adalah amat penting untuk kita menjaga jangka hayat bateri.

Item Type: Website
Keywords: Tenaga solar, PWM, MPPT, Charge controller
Taxonomy: By Niche > Solar > Solar Energy > Design and Construction
Local Content Hub: Niche > Solar
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 19 May 2023 08:58
Last Modified: 19 May 2023 08:58
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item