Baik pulih rumah panjang Melanau Sok bakal beri impak besar. – Juanda

Baik pulih rumah panjang Melanau Sok bakal beri impak besar. – Juanda. [Newspaper] (2023)



Abstract

MATU: Usaha sedang dilakukan untuk mewartakan Rumah Panjang Melanau Kampung Sok di bawah Ordinan Heritage 2019. Ia bagi membolehkan kerja membaik pulih dan memelihara khazanah Melanau yang bernilai kira-kira RM20 juta itu dapat dilaksanakan. Menurut ADUN Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya, beliau sudah mengajukan permohonan kepada pihak Jabatan Muzium dan Kementerian Pelancongan agar usaha itu dapat dilaksanakan. “Pada masa yang sama, saya juga berharap semua waris rumah panjang agar memberikan sokongan dan kerjasama agar usaha ini dapat dipermudahkan,” katanya kepada media di sini, semalam. Juanda berkata, anggaran kos Jabatan Kerja Raya (JKR) sebanyak RM20 juta bagi tujuan itu dimaklumkan dalam satu mesyuarat bersama Jabatan Muzium dan Kementerian Pelancongan baru-baru ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Rumah Panjang Melanau, Kampung Sok, Khazanah Melanau, Tempat pelancongan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 24 May 2023 06:31
Last Modified: 24 May 2023 08:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item