Pesta Kaul Mukah 26 April

Pesta Kaul Mukah 26 April. [Newspaper] (2023)



Abstract

MUKAH: Pesta Kaul Mukah 2023 bakal berlangsung pada 26 April hingga 1 Mei. Pengerusi Persatuan Melanau Mukah (PMM) Abdul Yakub Arbi berkata, Kaul Serahang Kakan telah dilaksanakan pada 11 Mac lalu. Menurutnya, aktiviti yang akan diadakan pada hari pertama ialah acara bermukun yang dilaksanakan oleh Majlis Ketua Masyarakat Ketua Kaum bermula jam 8.00 malam di Pentas Utama Tapak Kala Danam pada 26 April.

Beliau yang juga Adun Balingian berkata, pertandingan Betta Fish yang akan dikendalikan oleh Pemuda Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.57 Tellian akan bermula pada jam 2.00 petang di pekarangan Pentas Utama pada 27 April. ”Pertandingan Layang-Layang Putus Tali diadakan di Tapak Kaul Tugek, manakala pertandingan Poco-Poco Kreatif pada jam 8.00 malam di Pentas Utama. “Pada 28 April pula diadakan aktiviti Bengkel Serahang Kakan yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Mukah dan Jawatakuasa Tetap Kaul Asel (JKTEKA) pada jam 2.30 petang di Gerai Komuniti. “Manakala pada sebelah malamnya diadakan Pentas Artis Melanau Kaul Mukah 2023 di Pentas Utama.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pesta Kaul, Melanau, Kalender aktiviti
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 24 May 2023 08:33
Last Modified: 24 May 2023 08:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item