Kelidieng 200 tahun dipamerkan di Muzium Budaya Borneo

Kelidieng 200 tahun dipamerkan di Muzium Budaya Borneo. [Newspaper] (2020)



Abstract

KUCHING: Kelidieng iaitu sebuah tiang pengebumian bagi orang Melanau yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun bakal dipamerkan di Muzium Budaya Borneo yang baru di sini nanti.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kelidieng yang berasal dari Kampung Sungai Ud, Dalat dibawa ke Muzium Sarawak yang lama pada 1962.

“Disebabkan kita membina muzium yang baharu, tiang ini disimpan di satu tempat di Sekama sebelum dibawa semula ke pekarangan muzium baharu ini.

“Oleh itu, pagi ini (semalam), kita menyelesaikan upacara ritual membawa Kelidieng mengikut kepercayaan orang Melanau agar ia sampai dengan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Upacara Miring untuk Kelidieng Sg. Ud, Dalat di sini semalam.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Kelidieng, Tiang pengebumian, Upacara ritual, Pohon belian, Khazanah etnik
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jun 2023 05:28
Last Modified: 06 Jun 2023 05:28
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item