Komuniti Melanau. In: UNSPECIFIED, (ed.) Adat Resam Penduduk Sarawak. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Kuching, Sarawak, pp. 173-214. (1988)
Abstract
MELANAU atau a liko merupakan salah satu daripada suku kaum bumiputera di Sarawak. Ejaan yang merujuk kepada kaum ini telah banyak kali berubah; Milanowes, Milanos, Melano dan kini yang lebih mantap dan diterima umum, Melanau. Perubahan ejaan ini mencerminkan sedikit sebanyak perubahan watak sosiobudaya kaum Melanau. Bagi orang Melanau sendiri, mereka lebih suka menggelarkan kaum mereka sebagai a liko. A liko boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. Ia boleh bermaksud golongan Melanau yang menganuti kepercayaan pagan kerana adanya keperluan untuk membezakan Melanau Muslim dengan yang masih belum beragama. Misalnya, mereka akan merujuk kepada yang masih pagan sebagai a liko. Tafsiran ini sering pula berubah apabila mereka membandingkan ataupun merujuk kaum Melanau dengan kaum-kaum lain. Dalam keadaan yang demikian asalkan seseorang itu Melanau dia akan dianggap sebagai a liko Melanau. Dengan demikian kenyataan Clayre (1971:54) bahawa memanggil seseorang itu liko Melanau sebagai satu penghinaan kepada mereka kerana ia seolah-olah sama seperti memanggil mereka orang liar adalah tidak berasas sama sekali.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Location: Perpustakaan Universiti Teknologi MARA, Campus Sarawak |
Keywords: | Komuniti Melanau, Kehidupan sosial, Adat resam, Kepercayaan |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Normah Sadaiee |
Date Deposited: | 07 Jun 2023 08:27 |
Last Modified: | 07 Jun 2023 08:27 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |