Kepercayaan etnik Melanau dari sudut pandang Islam: suatu analisa. In: e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), 15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (2014)
Abstract
Melanau atau a liko sering kali mengalami perubahan watak sosiobudaya. Istilah a liko mempunyai pelbagai maksud, namun secara lebih meluas dirujuk sebagai dunia atau peribumi. Di negeri Sarawak, etnik Melanau adalah antara yang paling ramai memeluk Islam. Masyarakat ini disusun secara hierarki yang disebut sebagai adat bangsa dan mempunyai struktur sosial yang sangat rapat. Mereka mempunyai pelbagai dialek seperti dialek Mukah, Dalat, Bintulu, Matu/Daro, Rejang dan sebagainya. Justeru artikel ini cuba membincangkan tentang pegangan dan kepercayaan masyarakat etnik Melanau Sarawak tentang asal usul makhluk, perubatan tradisional dan Pesta Kaul. Artikel ini juga menjustifikasi kesahan kepercayaan tersebut dari sudut pandangan Islam berpandukan al-Qur‟an dan al-Sunnah. Teknik analisa digunakan untuk menjusfikasi kepercayaan tradisional tersebut secara kritis. Teknik tematik juga dimasukkan dalam perbahasan terutamanya dalam isu perubatan tradisional Melanau seperti memaku, pengasapan, Baguda’, menggunakan Dakan dan Pulun. Rumusannya, terdapat beberapa kepercayaan masyarakat Melanau yang mempunyai persamaan konsep dengan kepercayaan masyarakat Melayu lama walaupun dalam konotasi bahasa yang berbeza seperti tabik laut, tabik Ipok dan maaf Ipok. Ada juga kepercayaan etnik ini yang dilihat menyalahi pandangan ajaran Islam seperti asal-usul makhluk dan manusia pertama yang dipercayai daripada makhluk yang dikenali sebagai „Buah’, pergantungan dari sudut perubatan yang sepenuhnya kepada Bayoh dan tow, penggunaan Dakan dalam kehidupan dan sebagainya. Kesemua adat kepercayaan mereka ini diyakini dibantu oleh kuasa ghaib.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keywords: | Kepercayaan, Melanau, Islam, Quran, Tradisional |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Normah Sadaiee |
Date Deposited: | 07 Jun 2023 08:34 |
Last Modified: | 07 Jun 2023 08:34 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |