Makna simbol ritual "Serarang" dalam masyarakat Melanau Likow di Dalat, Sarawak

Makna simbol ritual "Serarang" dalam masyarakat Melanau Likow di Dalat, Sarawak. In: PROCEEDING of the International Conference on Social Sciences and Humanities. International Conference On Social Sciences And Humanities 2019 (ICOSSH 2019) . Faculty of Agriculture and Food Sciences, Universiti Putra Malaysia, Bintulu Sarawak, pp. 236-242. ISBN 978-967-12140-6-0 (2020)



Abstract

Ritual Serarang merupakan satu bentuk persembahan yang berisi dulang makanan yang digunakan oleh masyarakat Melanau Likow untuk menjamu ipok makan. Persembahan- persembahan tersebut mengandungi unsur-unsur simbolik berdasarkan setiap jenis bentuk makanan. Unsur-unsur simbolik ini melibatkan kepercayaan dan sistem kosmologi suku Melanau Likow yang melingkari kehidupan mereka. Makalah mengenai simbol-simbol dan makna simbol dalam ritual Serarang masyarakat Melanau Likow di Sarawak ini sukar diperolehi kerana kajian sebelum ini lebih tertumpu kepada pesta Kaul semata-mata. Namun begitu, masyarakat Melanau Likow percaya Kaul tidak akan mempunyai erti sekiranya ritual Serarang tidak dilaksanakan kerana bagi mereka ritual Serarang ini merupakan ibu kepada pelaksanaan Kaul bagi masyarakat Melanau. Fokus utama makalah ini adalah untuk untuk mengenal pasti simbol-simbol yang digunakan dalam pelaksanaan ritual Serarang di samping untuk mengenal pasti makna simbol dalam ritual tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan. Temu bual mendalam dilakukan bersama Tama Kaul selaku ketua adat yang terlibat. Analisis mendapati ritual yang dilaksanakan ini merupakan sinkretisme agama, iaitu penggabungan perlakuan unsur-unsur animisme dengan unsur-unsur agama seperti unsur-unsur Islam, Kristian dan Pagan (Likow). Hasil kajian mendapati ritual Serarang yang dijalankan adalah bertujuan untuk penyataan rasa syukur dan tanda terima kasih atas limpahan rezeki yang telah diberikan oleh ipok pada tempoh sepanjang tahun. Selain itu, ritual ini juga merupakan satu proses penyucian kampung yang akhirnya mampu memberikan perlindungan dan keselamatan kepada masyarakatnya sehingga mewujudkan identiti kewujudan mereka di negeri Sarawak.

Item Type: Book Section
Keywords: Simbol, Ritual, Sinkritisme, Kaul, Melanau Likow
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 07 Jun 2023 08:59
Last Modified: 07 Jun 2023 08:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item