Dokumentari Mamahui Pogun Dusun Lotud Tuaran

Dokumentari Mamahui Pogun Dusun Lotud Tuaran. [Video] (2020)



Abstract

Masyarakat Kadazandusun yang dianggap dan dipercayai sebagai penduduk asli di negeri Sabah sejak lama dahulu (Dayu Sansalu, 2008:28-29) telah lama mengamalkan budaya memelihara alam sekitar. Masyarakat ini menterjemahkan pemeliharaan alam sekitar melalui kepercayaan mereka iaitu animisme. Anak masyarakat Kadazandusun sejak kecil lagi telah dididik secara tidak formal tentang kepercayaan animisme iaitu kepercayaan kepada kuasa luar biasa yang dimiliki oleh tumbuh-tumbuhan, sungai, laut, gunung, gua, banir, pokok, batu-batu, tanah dan haiwan yang dinamai penunggu. Mereka diajar bahawa alam ini dihuni pelbagai semangat dan makhluk halus yang baik dan jahat. Semangat dan makhluk halus ini berkeliaran dan menunggu masa yang sesuai untuk mempengaruhi manusia dengan cara mendatangkan penyakit, kecelakaan, malapetaka atau sebaliknya. Ajaran seperti ini membantu masyarakat Kadazandusun untuk tidak merosakkan alam semulajadi dengan sewenang-wenangnya kerana ketaatan terhadap kepercayaan animisme. Untuk membuka tanah baru, mengambil isi sungai, laut, hutan dan seumpamanya, ritual yang melibatkan bacaan rinait (mantera) perlu diadakan. Penunggu segala isi alam semesta (supernatural) mesti dirayu, disanjung, dipuja malah disajikan dengan makanan dan percikan darah agar tidak mengganggu dan membinasakan manusia. Antara kepercayaan dan amalan masyarakat Kadazandusun dalam memelihara alam sekitar ialah amalan patod, mamahui pogun, mongulat dan monutud do tumo, mangalit, bombon atau tagal, momirot,dan mononduk. Dalam video dokumentari ini menceritakan acara upacara Mamahui pogun. Video ini dibuat dengan dana FINAS - Eye On Borneo pada tahun 2011.

Item Type: Video
Keywords: Kadazan-Dusun, Rinait, Mamahui pogun, Tantagas
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 30 Jun 2023 22:48
Last Modified: 30 Jun 2023 22:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item