Pembiayaan perdagangan dan perlaksanaannya dalam sistem perbankan Islam di Malaysia

Pembiayaan perdagangan dan perlaksanaannya dalam sistem perbankan Islam di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia. (2013)



Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perlaksanaan produk-produk pembiayaan perdagangan Islam yang diaplikasikan oleh bank-bank Islam di Malaysia. Kajian memfokuskan kepada aplikasi kontrak-kontrak muamalat dan isu-isu syariah yang wujud ketika perlaksanaan produk-produk tersebut. Kajian-kajian terdahulu mengetengahkan beberapa isu syariah dalam operasi produk-produk perbankan Islam. Antaranya ialah isu penggunaan kontrak-kontrak kontroversi, caj perkhidmatan yang tinggi, dan ta‟wid.Kajian ini menetapkan lima objektif untuk dicapai. Pertama ialah mengenal pasti produkproduk pembiayaan perdagangan yang dilaksanakan oleh bank-bank Islam di Malaysia.Kedua pula ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis kontrak-kontrak syariah yangdigunakan. Ketiga ialah membuat kajian terperinci dan perbandingan antara bank-bank yang terpilih daripada aspek aplikasi kontrak-kontrak syariah dan isu-isu syariah yang
wujud. Isu keempat pula ialah menentukan sejauh mana kepatuhan bank terhadap syariah dalam perlaksanaan produk-produk tersebut. Sementara itu, isu kelima ialah mencadangkan alternatif terhadap isu-isu syariah yang timbul. Secara umumnya, sampel kajian meliputi 16 buah bank Islam di Malaysia. Manakala kajian terperinci difokuskan kepada 5 buah bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Kuwait Finance House (M), RHB Islamic dan Maybank Islamic. Metodologi kajian yang digunakan ialah kualitatif yang bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian. Kaedah pengumpulan data pula ialah melalui kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang merangkumi kaedah temu bual dan analisis dokumen. Penemuan kajian
mendapati terdapat sembilan kontrak yang diaplikasikan dalam produk-produk pembiayaan perdagangan Islam iaitu murabahah, bay‟ al-dayn, bai‟ al-„inah, tawarruq,bai‟ bithaman ajil, wakalah, kafalah, mudarabah , musyarakah dan prinsip al-wa‟ad.Hasil kajian mengenal pasti lapan isu-isu syariah yang berbangkit iaitu riba, isu barangan, isu-isu berbangkit dari kontrak-kontrak yang digunakan, insuran, UCP 600,mata wang asing, dokumentasi dan isu-isu teknikal berkaitan akad. Kajian ini mengenal pasti beberapa faktor yang membawa kepada timbulnya isu-isu syariah dan ketidakselarasan antara bank daripada aspek perlaksanaan produk-produk dan kontrakkontrak iaitu ketiadaan garis panduan khusus daripada Bank Negara Malaysia (BNM),kecenderungan rujukan penasihat syariah bank dan status bank sama ada tempatan atau
bank luar.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keywords: Islamic banking, Islamic Trade Finance (ITF), Financing products, Syariah issues, Muamalat contracts
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Automation
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > International Law and Legislation
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Research
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 19 Jun 2023 09:29
Last Modified: 19 Jun 2023 09:29
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item