Cabaran pengaplikasian janji (WA'D) dalam kontrak perbankan Islam di Malaysia

Cabaran pengaplikasian janji (WA'D) dalam kontrak perbankan Islam di Malaysia. Jurnal Syariah, 27 (2). pp. 233-260. ISSN 0127-1237 (2019)



Abstract

Konsep janji dalam kontrak perbankan Islam di Malaysia mula menjadi sebutan sekitar tahun 2005 apabila perbankan Islam di Malaysia mengaplikasikan produk-produk daripada Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Contries Councils (GCC)). Janji dalam kontrak perbankan Islam merujuk kepada wa‘d, muwa‘adah dan wa‘dan yang menjadi komponen utama produk perbankan Islam semasa untuk menyaingi dan menyamai produk kewangan konvensional. Justeru, didapati hampir keseluruhan produk-produk perbankan Islam hari ini mengaplikasikan konsep janji. Penggunaannya tidak hanya terhad kepada kontrak MPO sahaja, malah hampir semua kontrak Syariah yang diaplikasikan dalam produk perbankan Islam mempunyai elemen janji bagi menjamin kelancaran operasi sistem perbankan Islam. Walaupun begitu, sehingga ke hari ini penerimaan konsep janji yang mendasari kontrak-kontrak utama dalam perbankan Islam masih lagi menimbulkan kontroversi dan dikritik kerana sifatnya menyerupai akad apabila dibuat dalam keadaan mengikat. Oleh itu, terdapat kepelbagaian pandangan dan penerimaan mengenai keharusan konsep janji mengikat. Polemik berhubung janji ini turut memberi impak kepada mekanisma dan kesahan pelaksanaan kontrak dalam perbankan Islam seperti MPO, AITAB dan MM yang menjadikan kontrak tersebut kontroversi dan rumit. Sedangkan janji mengikat dalam kontrak perbankan Islam hari ini amat diperlukan, terutamanya dari aspek pengurusan risiko kepada pihak bank dan memenuhi keperluan pelanggan apabila menjadikan produk perbankan Islam lebih murah dan kelulusan pembiayaan yang mudah kerana tidak tertakluk kepada syarat yang rigid. Kajian secara kualitatif ini menggunakan kaedah perpustakaan dan temu bual sebagai metod utama dalam mengenal pasti cabaran pengaplikasian konsep janji dalam kontrak perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini mendapati persepsi terhadap keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM) atau Jawatankuasa Syariah (JS), tiada keberanian untuk menginovasikan produk-produk yang berasaskan janji, halangan daripada jawatankuasa Syariah, kelemahan peguam dan pelanggan dalam memahami konsep janji merupakan antara cabaran utama pengaplikasian janji dalam kontrak perbankan Islam di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Konsep janji, Kontrak perbankan Islam, Promise (wa‘d, muwa‘adah, wa‘dan)
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Security Measures
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Social Aspects
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 11 Jul 2023 03:19
Last Modified: 11 Jul 2023 03:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item