Keunikan 156 koleksi seni tekstil. [Newspaper] (2022)
Abstract
Motif turut memainkan peranan penting dalam menunjukkan lambang dan identiti sebuah bangsa terutama bagi membezakan dengan negara jiran serumpun. Pemilihan motif dapat menentukan keindahan yang mencerminkan pegangan hidup, persekitaran, kepercayaan dan warisan budaya. Kehalusan reka corak dalam proses pembuatan tekstil menggambarkan ketinggian pengetahuan dan kemahiran dimiliki masyarakat setempat, setiap motif diberi pelbagai nama dan rupa bentuk mengikut cita rasa dan kreativiti pereka. Pameran dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu mempamerkan sebanyak 91 koleksi pelbagai kategori milik JMM dan 65 koleksi produk akhir hasil karya dan kreativiti pelajar UiTM Cawangan Machang, Kelantan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Tekstil batik, Kehalusan reka corak, Budaya Melayu-Nusantara, Pembuatan tekstil |
Taxonomy: | By Niche > Batik > Marketing By Niche > Batik > Themes, Motives |
Local Content Hub: | Niche > Batik |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 21 Jun 2023 08:30 |
Last Modified: | 21 Jun 2023 08:30 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |