Alat penyahidrat sistematik untuk madu kelulut

Alat penyahidrat sistematik untuk madu kelulut. Buletin Teknologi MARDI, 13. pp. 1-11. ISSN 2289-9642 (2018)



Abstract

Inovasi alat penyahidrat madu kelulut MARDI yang dibangunkan menepati keperluan usahawan dan pengusaha madu kelulut dalam menghasilkan produk madu kelulut yang tulen dan berkualiti tinggi.Pengendalian yang mudah, selamat, bersih serta menjimatkan masa mampu memberi impak yang besar kepada usahawan terutamanya dengan kurangnya kos operasi dalam pemprosesan produk madu.Inovasi ini mampu membantu perkembangan industri penternakan kelulut di Malaysia. Dari segi impak ekonomi, penggunaan inovasi ini dalam pemprosesan madu kelulut mampu memberi pulangan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional yang dipraktikkan sekian lama. Inovasi ini mampu menjimatkan masa pemprosesan madu kelulut sekali gus meningkatkan lagi hasil dan kelangsungan produk madu kelulut sementelah produk ini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Ini sekali gus dapat mengembangkan industri berasaskan kelulut di Malaysia di samping mampu menggalakkan penyertaan masyarakat terutama golongan muda dalam bidang ini.

Item Type: Article
Keywords: Penyelidikan kelulut, Kandungan kelembapan, Kaedah penyahidratan
Taxonomy: By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Products Therapeutic Use
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Research
Local Content Hub: Niche > Kelulut (Stingless Bee)
Depositing User: Nur Rohaya Razali
Date Deposited: 30 Jun 2023 21:43
Last Modified: 30 Jun 2023 21:43
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item