Amalan sogit ke atas anak negeri Sabah beragama Islam di mahkamah anak negeri: kajian dari perspektif hukum

Amalan sogit ke atas anak negeri Sabah beragama Islam di mahkamah anak negeri: kajian dari perspektif hukum. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 19 (1). pp. 1-16. ISSN 2289-6325 (2018)



Abstract

Artikel ini bertujuan membincangkan konsep siasah syar‘iyyah, sejarah perkembangan kesenian, polisi kerajaan Kelantan terhadap siasah syar‘iyyah dan pelaksanaannya di negeri Kelantan. Secara khusus, fokus kajian ini dilakukan bermula semasa pemerintahan TGNA pada tahun 1990 sehingga sekarang. Kajian berbentuk analisis dokumen ini bersandar kepada pemerhatian terhadap dokumen rasmi kerajaan seperti surat pekeliling, warta, enakmen dan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan. Selain itu, data-data kajian juga turut disokong oleh pelbagai literatur lain seperti buku-buku ilmiah serta wacana-wacana ilmiah yang berkaitan. Hasil kajian mendapati tindakan dan pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan dalam bidang siasah syar’iyyah adalah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta ijtihad. Terdapat beberapa pembaharuan yang dianggap sebagai pra syarat untuk mengadakan sesuatu persembahan kesenian serta beberapa contoh perubahan dalam kesenian yang dipersembahkan di Kelantan selepas tahun 1990 hingga sekarang telah menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Pelaksanaan dasar kesenian dan hiburan ini berjaya memberi kemaslahatan kepada rakyat, dan dalam masa yang sama ia juga berjaya mempertahankan beberapa nilai kesenian lama yang tidak bertentangan dengan Islam. Selain itu terdapat juga beberapa persembahan kesenian yang diberi roh Islam dari sudut pelaksanaannya untuk menjadi santapan hiburan terhadap masyarakat. Kajian ini menyumbang kepada pengkaryaan khazanah seni dan hiburan Islam, menjadi model terhadap pelaksanaan hiburan dan selain itu ia dapat membantu para pengkaji seni untuk menambahkan ilmu dalam bidang kesenian Islam.

Item Type: Article
Keywords: Siasah Syar’iyyah, Arts, Policy, Entertainment
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Mohamad Ismail
Date Deposited: 25 Sep 2023 07:11
Last Modified: 25 Sep 2023 07:11
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item