Analisa terghadap adat dan keistimewaan masyarakat Melanau di Sarawak

Analisa terghadap adat dan keistimewaan masyarakat Melanau di Sarawak. In: Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014: Da'wah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective, 20 November 2014, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. (In Press) (2014)



Abstract

Melanau merupakan masyarakat etnik di Sarawak yang mempunyai adat dan keistimewaannya. Dalam kehidupan seharian mereka, setiap perbuatan dan tingkah laku mempunyai kepercayaan yang tersendiri termasuklah kepercayaan terhadap alam, asal usul kejadian manusia, cara perubatan dan juga majlis keramaian. Ada pandangan yang menyatakan bahawa alam ini terbahagi kepada tiga iaitu Langit, Tana’ dan Iyang. Menurut Moris (1991) pula, alam terbahagi kepada lima belas lapis iaitu tujuh lapis di atas yang dipanggil likou langit atau likou bah- bau, tujuh lapis di bawah dipanggil likou bah iba’, dan lapisan di tengah-tengah pula ialah likou dagen dua. Mengenai asal usul kejadian manusia pula masyarakat Melanau mempercayai manusia pertama ialah daripada makhluk yang dikenali sebagai ‘Buah’, pergantungan dari sudut perubatan yang sepenuhnya kepada Bayoh dan tow, penggunaan Dakan dalam kehidupan dan sebagainya. Kesemua adat kepercayaan mereka ini diyakini dibantu oleh kuasa ghaib. Selain itu, kertas kerja ini juga membincangkan tentang keistimewaan masyarakat Melanau iaitu bersifat fluid, harmoni, mini United Nation serta kepimpinan dan intelektual.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Melanau, Kepercayaan, Keistimewaan, Fluid
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Agencies of Resources: Higher Institution > Public University > Universiti Kebangsaan Malaysia > Faculty of Social Sciences and Humanities > e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities | Email fr Assoc Prof Dr Novel Anak Lyndon - 22/8/2020
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2023 07:34
Last Modified: 06 Jul 2023 07:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item