Asal-usul dan perubahan identiti kaum Melanau di Sarawak: suatu hipotesis

Asal-usul dan perubahan identiti kaum Melanau di Sarawak: suatu hipotesis. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 4 (1). pp. 77-89. ISSN 2590-4310 (2020)



Abstract

Makalah ini membincangkan asal usul dan identiti suku Melanau di Sarawak. Daripada segi geografi, menurut Chong and Collins (2015), suku Melanau yang berjumlah kira-kira 119 897, kebanyakannya tersebar di kawasan paya di pesisir pantai Sarawak, dari Delta Rejang hinggalah ke Bintulu dan terdapat sebilangan kecil juga tersebar di hulu Sungai Rejang, seperti di Kanowit dan Kapit. Secara linguistik dan etnografi, afiliasi etnik mereka bukan tergolong sebagai suku Dayak ataupun Melayu. Justeru kerana tiada keempunyaan etnisiti yang jelas dan spesifik, wujud perdebatan tentang asal usulnya dalam kalangan sarjana, malah oleh suku Melanau sendiri. Kebanyakan sarjana sepakat bahawa tanah asal Melanau adalah di pedalaman Sarawak dan berhubungan tradisi, adat dan bahasa dengan “Orang Ulu” iaitu suku Kayan, Kenyah dan Kajang. Morrison (1957) misalnya mengatakan bahawa suku Melanau ada kaitan dengan suku Kayan atau Kenyah; Morris (1991) pula mendakwa mereka mempunyai hubungan linguistik dan sosial dengan suku Kajang. Daripada kosa ilmu ini, dapat dirumuskan bahawa suku Melanau adalah dari kawasan hulu, tinggal berjiran dengan suku Kayan, Kenyah, Kajang dan kesemua bahasa ini adalah berkerabat. Selepas berpindah dari kawasan hulu, hubungannya semakin menipis. Makalah ini menelusuri hubungan Melanau dengan “Orang Ulu” daripada perspektif linguistik dan kebudayaan. Hasil perbincangan menemukan bahawa Batang Mukah dan Oya adalah jalur migrasi purba untuk suku Melanau ke kawasan hilir. Selepas gelombang migrasi berhenti, komuniti ini menghadapi dua kali perubahan identiti. Pertukaran pada kali pertama membabitkan identiti kebudayaan dan berlaku selepas mereka berpindah ke pesisir pantai. Mereka telah meninggalkan identiti lama tersebut agar bersesuaian dengan persekitaran baru di kawasan pantai. Setelah beberapa generasi di kawasan baru, golongan ini kelihatan berdepan dengan perubahan identiti buat kali kedua. Oleh kerana faktor Islamisasi, sebahagian daripada mereka telah menukar amalan hidup mengikut agama Islam. Untuk suku Melanau yang tinggal di kawasan bandar, mereka malah menukar identiti ke “Melayu” dan berbahasa Melayu Sarawak sebagai bahasa pertama.

Item Type: Article
Keywords: Melanau, Tanah asal, Identiti, Budaya, Agama
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2023 08:28
Last Modified: 06 Jul 2023 08:28
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item