Peranan topeng sagu Melanau untuk Kaul di Sarawak, Borneo

Peranan topeng sagu Melanau untuk Kaul di Sarawak, Borneo. Borneo International Journal, 2 (4). pp. 26-36. ISSN 2636-9826 (2018)



Abstract

Terdapat banyak acara yang dijalankan dalam Kaul Melanau. Selain daripada menjadi satu ritual untuk pembersihan melalui pemberian kepada Ipok, Kaul juga boleh dilihat sebagai satu seni persembahan bagi etnik Melanau. Kajian seni persembahan Melanau banyak memberi fokus kepada perubatan seperti bebayoh dan juga tarian seladai. Kajian mengenai objek budaya pula banyak melibatkan dakan ataupun belum. Melanau mempunyai persembahan bertopeng dibuat daripada pokok rumbia yang digunakan untuk pelbagai tujuan. Dalam kajian ini, topeng tersebut dinamakan topeng sagu Melanau. Fungsi budaya berdasarkan kepada tradisi dan kesan moderniti dibincangkan dalam kajian ini. Ini dibuat untuk melihat perbandingan antara fungsi asal bertopeng, perubahan konsep bertopeng, dan juga penyesuaian budaya bertopeng ini dalam kebudayaan moden. Untuk menjalankan kajian ini, kajian lapangan telah dibuat di Mukah sebelum Pesta Kaul dan juga semasa Pesta Kaul. Dapat dikenalpasti bahawa terdapat perubahan fungsi penggunaan topeng ini dalam dunia moden kerana faktor penyesuaian.

Item Type: Article
Keywords: Melanau, Kaul, Topeng Sagu, Seni Persembahan, Rumbia
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2023 08:39
Last Modified: 06 Jul 2023 08:39
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item