Pilihan bahasa oleh suku kaum Melanau di negeri Sarawak

Pilihan bahasa oleh suku kaum Melanau di negeri Sarawak. Jurnal Linguistik, 14. pp. 1-36. ISSN 1823-9242 (2011)



Abstract

Di negeri Sarawak mempunyai pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasa mereka sendiri. Salah satu suku kaum yang utama ialah suku kaum Melanau. Kajian ini membincangkan mengenai pilihan bahasa suku kaum Melanau sebagai bahasa perhubungan sehari-hari mereka di negeri Sarawak. Kajian ini bertujuan meninjau pilihan bahasa yang menjadi alat perhubungan dalam komuniti Melanau di bandar Sarikei. Usaha untuk menentukan apakah pilihan bahasa suku kaum Melanau di negeri Sarawak ini perlu bertitik tolak dari maklumat pilihan bahasa semasa yang digunakan dalam kehidupan sehari- hari. Pilihan bahasa terjadi apabila terdapat lebih daripada satu bahasa atau kelainan bahasa dalam sesuatu komuniti (Fishman 1972). Anggota komuniti memilih bahasa yang mana patut digunakan sebagai bahasa perhubungan antara mereka. Pilihan bahasa ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk berdasarkan domain dan soal selidik. Seseorang itu memilih satu bahasa atau beberapa bahasa untuk digunakan dalam satu domain dan dalam domain yang lain memilih bahasa yang lain. Secara keseluruhannya, didapati bahasa yang dipilih oleh suku kaum Melanau berhubung dengan sesama Melanau, suku kaum Melayu, Iban dan Cina dominannya ialah dialek Melayu Sarawak.

Item Type: Article
Keywords: Pilihan bahasa, Dialek Melayu Sarawak, Melanau, Domain, Dominan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Agencies of Resources: Higher Institution > Public University > Universiti Kebangsaan Malaysia > Faculty of Social Sciences and Humanities > e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities | Email fr Assoc Prof Dr Novel Anak Lyndon - 22/8/2020
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2023 09:16
Last Modified: 06 Jul 2023 09:16
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item