Pengaruh bahasa Melanau Dalat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu murid tahun dua

Pengaruh bahasa Melanau Dalat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu murid tahun dua. Jurnal Dunia Pendidikan, 3 (2). pp. 174-182. ISSN 2682-826X (2021)



Abstract

Bahasa ibunda merujuk kepada bahasa pertama yang dipelajari oleh seseorang bermula dari saat dilahirkan sehinggalah pandai berkata- kata. Dengan kata lain, bahasa ibunda dipelajari daripada ibu bapa atau orang yang menjaga murid tersebut sejak dari lahir. Data diperoleh daripada rakaman perbualan dan soal selidik 10 orang murid Tahun Dua yang berbangsa Melanau yang bersekolah di sekolah kebangsaan di daerah Dalat, Sarawak. Data menganalisis tentang jenis-jenis strategi komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan mesej. Hasil kajian mendapati terdapat empat strategi yang digunakan oleh murid untuk menterjemah Bahasa Melanau ke Bahasa Melayu iaitu terjemahan literal, penukaran kod bahasa, penggunaan partikel ‘lah’ dan pengulangan. Penggunaan strategi terjemahan literal adalah yang paling kerap dan paling berkesan digunakan oleh murid. Situasi ini berlaku disebabkan pengaruh keluarga dan persekitaran murid yang menuturkan bahasa ibunda di rumah. Diharap guru bahasa Melayu dapat membantu murid menguasai Bahasa Melayu dengan merancang strategi yang paling berkesan dan bersesuaian dengan kemampuan murid. Guru Bahasa Melayu juga perlu mempelbagaikan aktiviti yang menarik yang dapat meningkatkan minat dan kosa kata murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Peranan ibu bapa di rumah turut perlu dititikberatkan untuk menarik minat murid bertutur dalam Bahasa Melayu dengan lebih baik.

Item Type: Article
Keywords: Bahasa ibunda, Bahasa Melanau, Terjemahan literal
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Agencies of Resources: Higher Institution > Public University > Universiti Kebangsaan Malaysia > Faculty of Social Sciences and Humanities > e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities | Email fr Assoc Prof Dr Novel Anak Lyndon - 22/8/2020
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2023 09:23
Last Modified: 06 Jul 2023 09:28
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item