Pantang larang kaum lelaki Melanau, Sarawak dan kesan ketidakpatuhan

Pantang larang kaum lelaki Melanau, Sarawak dan kesan ketidakpatuhan. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4 (2). 045-058. ISSN 2600-9080 (2021)



Abstract

Kaum Melanau merupakan salah satu etnik di Sarawak dan mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu di Sarawak baik dari segi kebudayaan, adat resam dan pantang larang. Kaum Melanau mempunyai pantang larang tradisi yang diwarisi secara turun temurun. Pantang larang merupakan larangan atau tegahan terhadap sesuatu perbuatan atau percakapan dengan tujuan untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang buruk atau kejadian yang tidak diingini. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi menghuraikan bentuk pantang larang yang menjadi pegangan kaum lelaki Melanau di Sarawak dan kesannya jika pantang larang tidak dipatuhi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah temu bual. Sebanyak 20 data telah dikumpulkan berdasarkan maklumat tujuh orang informan yang mempunyai latar belakang seni dan budaya. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kerangka konsep Yasir Abd Rahman (1987) yang menumpukan pantang larang kepada tiga kategori, iaitu kelahiran, perkahwinan dan aktiviti harian. Hasil kajian mendapati bahawa hampir separuh daripada pantang larang kaum lelaki Melanau melibatkan aktiviti harian, iaitu sebanyak 9 (45 %), manakala kategori kelahiran 8 (40 %) dan perkahwinan 3 (15%). Kepatuhan kaum lelaki Melanau terhadap pantang larang didasari oleh kepercayaan yang kuat bahawa malapetaka akan berlaku jika pantang larang tidak dipatuhi. Secara keseluruhannya, pantang larang mempunyai kaitan yang erat dengan kepentingan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian diri serta keluarga. Kajian ini diharap dapat mengangkat keunikan pantang larang masyarakat Melanau sebagai satu warisan khazanah bangsa.

Item Type: Article
Keywords: Etnik di Sarawak, Pantang larang, Lelaki Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Agencies of Resources: Higher Institution > Public University > Universiti Kebangsaan Malaysia > Faculty of Social Sciences and Humanities > e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities | Email fr Assoc Prof Dr Novel Anak Lyndon - 22/8/2020
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 06 Jul 2023 09:53
Last Modified: 06 Jul 2023 09:53
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item