Pelaburan dalam sukuk prihatin sebagai langkah pemulihan ekonomi negara tahun 2020

Pelaburan dalam sukuk prihatin sebagai langkah pemulihan ekonomi negara tahun 2020. ASPIRASI FPP, 2. pp. 30-33. ISSN 2735-0525 (2020)



Abstract

Seperti sedia maklum, ekonomi Malaysia berdepan dengan cabaran yang luar biasa tahun ini terutamanya daripada pandemik COVID-19 yang memberi kesan yang besar dalam sektor perniagaan dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpaksa dilaksanakan. Inilah realiti hidup sekarang. Lebih malang lagi apabila ramai antara kita yang tidak menjangka COVID- 19 boleh membawa 'musibah' yang lebih teruk kepada ekonomi kita berbanding dengan krisis-krisis dalam tempoh dua dekad lalu, di mana Malaysia menghadapi krisis kewangan Asia pada 1997, kelembapan ekonomi global selepas peristiwa 9/11 pada 2001, dan krisis kewangan global pada 2008. Tidak alpa dengan situasi di atas, kerajaan Malaysia telah menyediakan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang dikenali sebagai Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu semula ekonomi negara untuk membangun dengan stabil. Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA) telah diperkenalkan dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”. Ianya merangkumi 40 inisiatif termasuk yang baru serta penambahbaikan bernilai RM35 bilion.

Item Type: Article
Keywords: Pelaburan jangka panjang, Sukuk Prihatin, Patuh shariah, Inisiatif kerajaan
Taxonomy: By Niche > Investments > Government Policy
By Niche > Investments > Investment of Public Funds
Local Content Hub: Niche > Investment
Depositing User: Ahmad Akmal Mohd Idris
Date Deposited: 01 Nov 2023 08:55
Last Modified: 01 Nov 2023 08:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item