Krisis kewangan global: kestabilan dan karakteristik unik perbankan Islam

Krisis kewangan global: kestabilan dan karakteristik unik perbankan Islam. Jurnal Syariah, 22 (1). pp. 57-86. ISSN 0128-6730 (2014)



Abstract

Krisis kewangan global adalah satu anugerah kepada industri perbankan Islam. Krisis yang meletus bukan sahaja dapat memberikan fokus kepada industri ini, tetapi juga menjadikannya sebagai alternatif penting kepada sistem kewangan global. Ciri-ciri unik dan daya ketahanan yang dimiliki telah mendorong badan-badan kewangan global seperti Bank Dunia dan Dana Monetari Antarabangsa (IMF) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji kekuatan dan infrastruktur unik yang dimiliki oleh perbankan Islam. Berdasarkan isu dan masalah di atas, kajian ini akan menggunakan tiga kaedah analisis utama iaitu kaedah deskriptif, analitikal, dan perbandingan untuk menganalisis ciri-ciri membezakan perbankan Islam berbanding perbankan konvensional. Selanjutnya, ciri-ciri ini akan dikaitkan dengan sumbangan perbankan Islam kepada fungsi keseluruhan kestabilan kewangan. Kajian ini mendapati bahawa kestabilan dan kecekapan perbankan Islam dalam menghadapi krisis kewangan global adalah disebabkan oleh prinsip larangan riba, pelaksanaan perkongsian untung rugi (PLS), dan konsep harga mark-up. Walaubagaimanapun, rintangan utama yang wujud menjadikan perbankan Islam tidak sepenuhnya stabil dan kukuh disebabkan industri ini masih beroperasi dalam rangkaian konvensional. Halangan ini menjadi sekatan utama kepada perbankan Islam untuk sepenuhnya melaksanakan ciri-ciri unik perbankan Islam seperti yang dicadangkan oleh sarjana-sarjana Islam berdasarkan prinsip-prinsip Syariah.

Item Type: Article
Keywords: Perbankan Islam, Krisis kewangan, Kestabilan kewangan
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Religious Aspects
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 21 Aug 2023 09:00
Last Modified: 21 Aug 2023 09:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item