Model amalan tanggungjawab sosial korporat Islam daripada perspektif institusi perbankan Islam

Model amalan tanggungjawab sosial korporat Islam daripada perspektif institusi perbankan Islam. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia. (2019)



Abstract

Perhubungan awam memberi fokus terhadap hubungan antara organisasi dan pelbagai pihak berkepentingan yang meliputi aktiviti termasuk tanggungjawab sosial korporat (CSR). Kebanyakan kajian lepas banyak meneliti CSR daripada perspektif Barat, namun elemen keagamaan dalam CSR masih kurang diberi perhatian. Kajian yang berkisar tentang elemen keagamaan seperti nilai-nilai Islam juga masih mempunyai batasan dari segi penjelasan konsep yang bersepadu dan pelaksanaan dari sudut pandangan agama Islam. Justeru, tujuan kajian yang dilakukan ini untuk menerangkan konsep, faktor, cabaran, dimensi, komunikasi dan implikasi terhadap pekerja melalui perspektif CSR yang berteraskan Islam. Kaedah kajian kualitatif diaplikasikan dengan menemu bual 27 orang peserta yang meliputi ulama, pelaksana CSR, kakitangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Di samping itu, analisis kandungan dalam laporan tahunan, laman sesawang dan Facebook BIMB juga digunakan untuk menjelaskan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep CSR adalah berdasarkan kepada paradigma Takwa dan juga prinsip amar makruf nahi mungkar (melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran), amanah, hablulminallah hablulminannas (hubungan dengan Allah dan hubungan dengan makhluk) serta ikhlas. Prinsip-prinsip ini perlu diamalkan oleh pihak pengurusan, pelaksana dan pekerja di dalam organisasi dalam melaksanakan CSR agar memperoleh keberkatan serta meningkatkan kesejahteraan kepada pihak berkepentingan dan organisasi. Dapatan daripada pelaksanaan CSR yang meliputi faktor, cabaran, dimensi, komunikasi, serta implikasi CSR menurut perspektif Islam dilihat sedikit berbeza berbanding menurut perspektif Barat. Model amalan CSR kemudiannya dibangunkan berdasarkan kepada dapatan kajian bagi membantu organisasi yang berteraskan Islam untuk menguruskan CSR secara sistematik. Oleh yang demikian, dapatan kajian dan model amalan CSR berdasarkan perspektif Islam yang dicadangkan, dapat memberi pemahaman yang baharu terhadap kerangka ilmu CSR dan memberi sumbangan dengan lebih lanjut terhadap pembangunan strategi CSR bagi organisasi yang berteraskan Islam.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keywords: Perbankan Islam, Perhubungan awam, Komunikasi, Takwa, Amanah
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Religious Aspects
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 22 Aug 2023 08:39
Last Modified: 22 Aug 2023 08:39
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item