Malaysia diunjur kekal terajui pasaran perbankan Islam rantau ini

Malaysia diunjur kekal terajui pasaran perbankan Islam rantau ini. [Newspaper] (2023)



Abstract

MALAYSIA diunjurkan untuk kekal sebagai pasaran perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik dengan 62.7 peratus daripada jumlah aset segmen itu di rantau ini dan dijangka mengekalkan kedudukan kukuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang, kata S&P Global Ratings. Agensi penarafan itu berkata, pembiayaan Islam di Asia Tenggara turut diunjur berkembang sebanyak lapan peratus dalam tempoh dua tahun akan datang yang menyaksikan Malaysia mengekalkan kedudukan dominannya dalam pasaran."Bank-bank Islam dalam pasaran utama Malaysia dan Indonesia mempunyai permodalan sihat dan asas deposit runcit yang stabil," katanya dalam laporan mengenai sektor perbankan Islam Asia Pasifik, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Islamic banking, Prestasi kewangan, Dominasi kewangan
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 21 Aug 2023 09:23
Last Modified: 21 Aug 2023 09:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item