Aplikasi teknik pemotongan laser dalam rekabentuk produk batik merbok

Aplikasi teknik pemotongan laser dalam rekabentuk produk batik merbok. Voice of Academia, 17 (1). pp. 204-218. ISSN 2682-7840 (2021)



Abstract

Batik merupakan seni tekstil Melayu yang amat tinggi nilainya (Azah Aziz, 2006). Seni kraf ini juga telah wujud sejak zaman prasejarah dan popular di kalangan masyarakat Melayu (Siti Zainon, 1986). Lazimnya, seni batik wujud dalam pelbagai bentuk rekaan fabrik. Antaranya ialah pakaian, perhiasan dan hiasan dalaman. Seiring dengan peredaran zaman, kaedah berasaskan sains dan teknologi mula mengambil tempat dalam penghasilan produk kraf tangan. Penghasilan seni batik kontemporari dengan menggabungkan teknologi moden kini, di samping mengekalkan identiti, tradisi, dan elemen tempatan yang berpotensi untuk memartabatkan seni kraf. Penulisan ini bertujuan mengenengahkan kaedah dan teknik pemotongan laser yang diguna pakai dalam produk Batik Merbok. Kaedah moden ini adalah lebih pantas untuk menyiapkan seni ukiran berbanding cara tradisional. Mesin pemotongan laser ini juga adalah teknologi yang menggunakan sinar plasma untuk kerja mengukir atau menggores dan memotong material tertentu tetapi menggunakan komputer serta perisian program khusus. Kualiti ukiran daripada laser ini juga lebih terperinci dan mampu memberi nilai seni yang baik, selain prosesnya yang sangat cepat. Hal ini demikian kerana karya yang dihasilkan daripada mesin ukiran dan pemotongan laser ini adalah pelbagai, malahan mampu menghasilkan nilai seni yang bernilai tinggi serta tidak terhad. Berdasarkan kajian Noor Haslina et al. (2016), seni yang bercirikan batik perlu mengalami perubahan dan bersifat fleksibel kerana dapat menonjolkan kelebihan dan keistimewaan seni kraf tangan tersebut. Maka, satu revolusi baharu diperlukan untuk melihat penggunan motif batik diaplikasikan untuk kegunaan pelbagai produk. Penyelidik juga telah mengaplikasikan teknik pemotongan laser dalam rekaan produk Batik Merbok. Teknik ini merupakan satu cabang untuk mempelbagaikan produk batik di samping untuk memelihara identiti masyarakat Melayu yang berasaskan seni batik.

Item Type: Article
Keywords: Seni batik, Batik merbok, Produk kraftangan, Teknik pemotongan laser
Taxonomy: By Niche > Batik > Technique
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 04 Sep 2023 07:38
Last Modified: 04 Sep 2023 07:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item