Strategi penerapan elemen Islam dalam pembangunan teknologi hijau

Strategi penerapan elemen Islam dalam pembangunan teknologi hijau. e-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 4 (2). pp. 250-266. ISSN 2289-7909 (2017)



Abstract

Teknologi hijau merujuk kepada aplikasi, produk dan sistem yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang mementingkan kelestarian alam dan bersifat mesra alam. Teknologi hijau menjadi satu landasan yang penting bagi memelihara dan memuliharakan alam semulajadi ciptaan Allah. Sikap manusia terhadap alam telah dirakamkan oleh Allah dalam Al-Quran di mana Allah S.W.T menegur sikap manusia yang membinasakan bumi dengan tangan-tangan mereka. Berikutan teknologi hijau berfungsi sebagai peralatan yang mampu memelihara alam sekitar, selayaknya bidang ini dilengkapi dengan elemen-elemen Islam ketika proses pembangunannya. Teknologi hijau seringkali membangkitkan isu seperti kekangan pembiayaan dan kurang penglibatan Muslim. Justeru itu, apakah strategi yang boleh dilakukan untuk menerapkan elemen Islam dalam teknologi hijau bagi menjadikan teknologi hijau sebagai satu bidang yang lengkap dengan ciri-ciri patuh syariah? Makalah ini bertujuan mengkaji strategi untuk menerapkan elemen Islam dalam pembangunan teknologi hijau negara. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan di mana sumber rujukan terdiri daripada artikel jurnal dan data atas talian. Dapatan kajian menunjukkan antara strategi untuk menerapkan elemen Islam boleh dimulakan dengan berfokuskan kepada asas pembangunan teknologi hijau seperti melalui pembiayaan Islam, pengurusan Islam dan amalan garis panduan etika Islam. Penerapan ini secara langsung memberi kesan positif kepada masyarakat Islam terutamanya di mana mereka lebih yakin untuk menggunakan produk teknologi hijau bahkan lebih yakin untuk menceburinya. Cadangan masa hadapan boleh difokuskan kepada aplikasi setiap satu elemen Islam dalam aktiviti pembangunan teknologi hijau supaya ia menjadi lebih praktikal jika ingin dilaksanakan kelak.

Item Type: Article
Keywords: Teknologi hijau, Pengurusan Islam, Pemeliharaan alam, Kelestarian alam
Taxonomy: By Niche > Green Technology > Planning
By Niche > Green Technology > Research
Local Content Hub: Niche > Green Technology
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 19 Sep 2023 09:28
Last Modified: 20 Sep 2023 04:31
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item