Peranan aplikasi teknologi hijau dalam konteks melestarikan alam sekitar menurut perspektif Islam. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 4 (1). pp. 1-12. ISSN 2289-7909 (2017)
Abstract
Teknologi hijau merujuk kepada satu aplikasi, peralatan atau sistem yang memiliki ciri-ciri mementingkan kelestarian alam sekitar dan bersifat mesra alam. Teknologi hijau menjadikan alam sekitar lebih baik untuk generasi akan datang. Elemen yang terdapat dalam teknologi hijau selaras dengan penegasan Allah dalam al-Quran berkaitan penjagaan alam. Namun, masyarakat kurang menyedari perkaitan rapat teknologi hijau dengan Islam. Oleh itu, apakah peranan aplikasi teknologi hijau terhadap penjagaan persekitaran yang selaras dengan anjuran Islam? Makalah ini menganalisis peranan teknologi hijau terhadap persekitaran menurut perspektif Islam. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan di mana data diperolehi melalui artikel jurnal, buku dan laporan-laporan oleh agensi berkaitan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa elemen yang terdapat dalam teknologi hijau memberi kesan positif kepada persekitaran. Peranan teknologi hijau terhadap pemeliharaan alam sekitar telah memberi manfaat kepada ekologi alam selari dengan tuntutan Islam. Teknologi hijau juga telah membawa imej Islam kerana sumbangannya terhadap persekitaran. Pengkaji mencadangkan agar dapat dijalankan kajian berkenaan keberkesanan teknologi hijau dan sumbangannya kepada alam sekitar, masyarakat dan imej Islam. Kata kunci: Teknologi hijau, perspektif Islam,
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Teknologi hijau, Perspektif Islam, Kelestarian alam, Persekitaran |
Taxonomy: | By Niche > Green Technology > Research |
Local Content Hub: | Niche > Green Technology |
Depositing User: | Nur Aqilah Russli |
Date Deposited: | 20 Sep 2023 04:25 |
Last Modified: | 20 Sep 2023 04:25 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |