Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan. In: UNSPECIFIED, (ed.) Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020: Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. Unit Perancang Ekonomi, Putrajaya, Malaysia, pp. 5-1. ISBN 9789675842078 (2015)
Abstract
Malaysia komited untuk menuju ke arah pertumbuhan hijau dan telah melaksanakan usaha secara berterusan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, bagi mencapai ekonomi rendah karbon, cekap sumber, berdaya tahan dan mampan. Trajektori pertumbuhan hijau akan melindungi khazanah semula jadi negara untuk generasi akan datang, mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (GHG) dan menambah baik kualiti alam sekitar untuk kesejahteraan yang lebih baik. Dalam tempoh kajian semula, 2016-2017, pelbagai langkah telah diambil untuk memperkukuh persekitaran yang menyokong pertumbuhan hijau, menerima guna konsep penggunaan dan pengeluaran mampan (SCP), memulihara sumber asli dan memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana alam. Walau bagaimanapun, cabaran masih wujud dalam meningkatkan kualiti alam sekitar dan melindungi sumber asli. Cabaran ini adalah terutamanya dari aspek perancangan, penyelarasan dan penguatkuasaan yang kurang bersepadu serta teknologi hijau tempatan yang terhad, kesedaran yang rendah terhadap isu alam sekitar dan pembangunan yang tidak mampan.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Keywords: | Teknologi hijau, Pertumbuhan hijau, Kualiti alam sekitar, Perubahan iklim |
Taxonomy: | By Niche > Green Technology > Economic Aspects By Niche > Green Technology > Government Policy By Niche > Green Technology > Planning |
Local Content Hub: | Niche > Green Technology |
Depositing User: | Nur Aqilah Russli |
Date Deposited: | 21 Sep 2023 04:57 |
Last Modified: | 21 Sep 2023 04:57 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |