Teknologi hijau dalam arus pembangunan negara dan amalan masyarakat. Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid III, 3. pp. 161-168. ISSN 2636-9885 (2020)
Abstract
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. (KeTTHA) Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber asli seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Teknologi hijau, Teknologi rendah karbon, Sustainable development) |
Taxonomy: | By Niche > Green Technology > Government Policy By Niche > Green Technology > Planning |
Local Content Hub: | Niche > Green Technology |
Depositing User: | Nur Aqilah Russli |
Date Deposited: | 20 Sep 2023 07:18 |
Last Modified: | 20 Sep 2023 07:18 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |