Dasar Teknologi Hijau Negara

UNSPECIFIED, ed. Dasar Teknologi Hijau Negara. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Putrajaya, Malaysia. ISBN 9789834389314 (2009)



Abstract

Dunia semakin berhati-hati. Aplikasi Teknologi Hijau dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang digunakan oleh banyak negara untuk menangani isu tenaga dan alam sekitar serentak. Teknologi Hijau ialah satu teknologi yang membolehkan kita bertambah maju tetapi pada masa yang sama meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar. Walau bagaimanapun, dunia perlu mencari kaedah yang paling efisien dan efektif untuk menggunakan Teknologi Hijau berbanding dengan teknologi lain yang digunakan secara meluas dan lebih murah, tetapi tidak semestinya baik. Sebagai satu bangsa yang sedang membangun, Malaysia tidak dikecualikan daripada cabaran tersebut. Malaysia telah memulakan strategi untuk mengurangkan kesan alam sekitar yang negatif dalam rantaian bekalan elektrik. Pada 1979, Dasar Tenaga Kebangsaan telah diperkenalkan untuk memastikan bekalan elektrik yang mencukupi, terjamin dan keberkesanan kos serta untuk mempromosikan penggunaan tenaga yang cekap. Ini ditegaskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9, yang mana penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharu dan kecekapan tenaga dipromosikan lebih lanjut.

Item Type: Book
Keywords: Teknologi hijau, Kualiti persekitaran, Pembebasan gas rumah hijau, Menjimatkan tenaga dan sumber asli
Taxonomy: By Niche > Green Technology > Government Policy
Local Content Hub: Niche > Green Technology
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 20 Sep 2023 08:00
Last Modified: 20 Sep 2023 08:00
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item