Peranan makanan dalam pembentukan masyarakat yang mampan. Buletin ACIS. pp. 9-12. ISSN 2600-8289 (2019)
Abstract
Ini adalah dialog-dialog yang biasa kita dengar; mungkin diungkapkan oleh ahli keluarga. sahabat handai, saudara mara, teman-teman di sekolah. kawan-kawan sepejabat, ahli masjid. rakan sejabatan, atau sesiapa sahaja. la mungkin kedengaran normal, tetapi ungkapan-ungkapan seperti ini biasanya dizahirkan atas sebab- sebab tertentu; biasanya ketika ia telah sebati dengan rutin harian kita. Tahukah anda bahawa corak pemakanan kita pada masa sekarang bakal menentukan samada masyarakat yang sejahtera dan masa depan yang mampan dapat dizahirkan? Daripada sudut pandangan agama, menjaga corak pemakanan yang baik turut di- titik beratkan dalam islam seperti tirman Allah S.W.T dalam Surah Al-Maidah ayat 87- 88 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang teiah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Al- lah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya”. Amat jelas daripada ayat-ayat ini, Allah bertirman agar kita bersederhana dalam menjalani kehidupan kita termasuk dalam amalan pemakanan. Serta amat penting untuk memastikan kita memakan makanan yang halal lagi baik bagi menjaga kemashlahatan masyarakat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Corak pemakanan, Makanan halal, Panduan pemakanan |
Taxonomy: | By Niche > Food Technology > Food Industry and Trade > Health Aspects By Niche > Food Technology > Food Industry and Trade > Nutrition |
Local Content Hub: | Niche > Food Technology |
Depositing User: | Mohd Hafiz Kasirun |
Date Deposited: | 21 Sep 2023 09:17 |
Last Modified: | 21 Sep 2023 09:17 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |