Adat resam dan budaya kaum Kadazandusun suku Dusun Tatana: pertunangan dan perkahwinan

Adat resam dan budaya kaum Kadazandusun suku Dusun Tatana: pertunangan dan perkahwinan. [Website]



Abstract

Dusun Tatana yang kebanyakannya di daerah Kuala Penyu pada mulanya hidup secara berpuak-puak dan terbahagi kepada dua kelompok, yakni orang hulu yang tinggal di bahagian atas (di Suang Seruang), dan orang hilir (di Suang Tunan). Lama-kelamaan orang hilir digelar Tatana.

Seorang lelaki atau wanita tua digunakan sebagai orang tengah dinamakan susuruan, bagi pihak lelaki pergi ke rumah pihak perempuan biasanya pada hari Selasa, Khamis atau Sabtu. Pihak perempuan diberi masa untuk berunding dan menetapkan tarikh susuruan kembali mendapatkan jawapan. Jika pinangan diterima maka keluarga pihak perempuan akan menyediakan jamuan makan dan minum kepada susuruan. Jika sebaliknya berlaku, ini bermakna pinangan pihak lelaki ditolak.

Item Type: Website
Keywords: Kadazan-Dusun, Etnik Kadazandusun, Sub-ethnic, Dusun Tatana, Upacara meminang, Adat istiadat
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 27 Sep 2023 03:51
Last Modified: 27 Sep 2023 03:51
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item