Peranan aplikasi multimedia dalam meningkatkan inovasi rekaan corak tekstil batik. Jurnal Peradaban Melayu, 13. pp. 71-80. ISSN 1675-4271 (2018)
Abstract
Kajian ini mengaplikasikan aplikasi multimedia menerusi pembelajaran dan pengajaran mereka corak tekstil batik. Penggunaan kepelbagaian aplikasi multimedia seperti Jbatik, Paint, Coral Draw dan Adobe Photoshop dalam proses mereka corak tekstil batik banyak kelebihannya di dalam kajian ini. Penelitian kajian ini dilakukan secara kuantitatif dan juga kualitatif. Fokus utama penelitian adalah proses mereka corak batik menggunakan aplikasi multimedia menerusi uji kaji. Penelitian ini juga termasuk pemerhatian secara langsung dan secara temu bual untuk melihat keberkesanan penggunaan aplikasi ini. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan aplikasi multimedia seperti Jbatik, Paint, Coral Draw dan Adobe Photoshop dalam pembelajaran reka corak batik sangat efektif dan memudahkan penggunanya dalam mereka corak. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa dengan penggunaan aplikasi multimedia ini, pereka dapat menghasilkan reka corak yang sangat kreatif malah sangat menjimatkan masa dalam proses mereka corak tekstil batik ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aplikasi multimedia, Mereka corak, Tekstil batik |
Taxonomy: | By Niche > Batik > Technique |
Local Content Hub: | Niche > Batik |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 26 Sep 2023 22:10 |
Last Modified: | 26 Sep 2023 22:10 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |