Ladang solar: sebuah penyelesaian sumber tenaga. [Website]
Abstract
Ladang solar berkuasa 1 megawatt puncak (MWp) yang pertama di dunia telah dibina oleh Atlanta Richfield Company (ARCO) Solar di Lugo berhampiran Hesperia, California, pada penghujung tahun 1982, diikuti dengan pemasangan kapasiti 5.2 MWp di Carrizo Plain pada tahun 1984. Kedua-dua ladang ini bagaimanapun telah ditamatkan operasinya. Pada tahun 2011, sebuah ladang baharu, Topaz Solar Farm didirikan di atas tapak Carrizo Plain. Selepas berlakunya krisis tenaga lewat tahun 1970-an, ARCO yang merupakan sebuah syarikat minyak tampil menjadi perintis kepada pembangunan teknolo yang berasaskan tenaga suria. Sekitar tahun 1990-an, ladang solar yang dibina oleh ARCO dihentikan operasinya kerana terdapat kecacatan pada reka bentuk panel yang menyebabkan kehilangan output. Selepas dua dekad berlalu, sebuah organisasi yang dikenali dengan nama BHE Renewable membina semula ladang solar di tapak yang sama dengan bantuan dan insentif kerajaan sejajar dengan ledakan dan galakan penggunaan tenaga.
Item Type: | Website |
---|---|
Additional Information: | Dewan Masyarakat |
Keywords: | Ladang solar, Photovoltaic, Kuasa fotovolta, Solar berskala besar (LSS) |
Taxonomy: | By Niche > Solar > Solar Energy > Design and Construction By Niche > Solar > Solar Energy > Industrial Applications |
Local Content Hub: | Niche > Solar |
Depositing User: | Mohd Ismail Zanudin |
Date Deposited: | 03 Oct 2023 08:06 |
Last Modified: | 03 Oct 2023 08:06 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |