Kenali batik Malaysia. [Newspaper] (2023)
Abstract
'Ini Batik Malaysia' adalah kempen yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) dalam memastikan masyarakat negara ini mengenali batik sebaiknya.
Dengan menggunakan tanda pagar #jangansalahpilihbatik, ia juga adalah langkah berterusan yang dilaksanakan bagi memastikan masyarakat tidak tertipu dan tersalah beli batik Malaysia berikutan tindakan segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menjual batik bukan karya Malaysia terutama selepas penguatkuasaan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan pemakaian pakaian batik Malaysia semasa waktu bekerja bagi pegawai awam persekutuan.
Terbaharu, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia mengadakan Sesi Bersama Media Sempena Kempen 'Ini Batik Malaysia' bagi memberi pendedahan, kesedaran serta pengetahuan mengenai Batik Malaysia.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Batik Malaysia, Kraftangan Malaysia, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) |
Taxonomy: | By Niche > Batik > Marketing |
Local Content Hub: | Niche > Batik |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 18 Oct 2023 08:11 |
Last Modified: | 18 Oct 2023 08:11 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |